|
Assalamualaikum!\ Coretan Gadis Comel
![]() " UPSR Candidates next year.. Wish me luck! " Gossip Place | Jum berborak di sini !
Thank You Sayang ] Sayang korunk kpda yg tlah membntu
|
refresh
profile
blog
facebook
twitter
follow
![]() Sunday, August 22, 2010 | 9:35 PM | 0Comment Nabi Muhammad ataupun nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah bin Shaibah (Abdul Muthalib) adalah rasul utusan terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. Nabi Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah bangsa Arab di Mekah pada tahun Gajah. Nabi Muhammad telah selamat dilahirkan oleh ibu baginda, Aminah binti Wahb bin Abd Manaf pada pagi hari Isnin, 9 Rabiul Awwal yang bersamaan degan 20 April 571M. Ayahnya telah meninggal dunia semasa baginda semasa baginda masih berada di dalam kandungan. Setelah lahir, Nabi Muhammad telah diserahkan kepada seorang ibu susuan yang bernama Halimah binti Abu Dhu’aib. Abu Thalib menjaga dan mendidik Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang. Nabi Muhammad pula telah membesar menjadi seorang remaja yang mulia dan disukai oleh penduduk Mekah. Semasa berusia 12 tahun, Nabi Muhammad telah mengikuti rombongan perdagangan Abu Thalib ke Syam. Semasa di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang bernama Bahira. Dalam suatu peristiwa,Mekah telah dilanda banjir yang menyebabkan bangunan Kaabah rosak.Penduduk Mekah segera membaikinya dan membangunkan semula dinding-dinding yang roboh.Semasa mereka hendak meletakkan kembali Hajar Aswad di tempatnya,terjadi perselisihan tentang siapa yang layak untuk melakukannya.Suku kaum Mekah bertelagah sehinggalah terdapat saranan untuk mengambil orang yang pertama masuk ke Kaabah pada keesokan harinya untuk menjadi hakim antara mereka.Secara kebetulan, Nabi Muhammad menjadi orang pertama yang memasuki Kaabah. Baginda telah memberi penyelesaian yang adil dengan mengarahkan agar Hajar Aswad diletakkan di atas sehelai kain. Kemudian, wakil setiap suku kaum akan memegang hujung kain tersebut dan bersama-sama mengangkat Hajar Aswad sebelum Nabi Muhammad meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.Semua orang berpuas hati dengan cadangan baginda dan masalah mereka dapat diselesaikan. Daripada peristiwa ini, Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Amin kerana sikap baginda yang sentiasa bercakap benar. Selepas beberapa tahun berdakwah di Mekah, Nabi Muhammad telah didatangi oleh 12 orang lelaki dari Yathrib atau yang sekarang dikenali sebagai Madinah. Mereka telah mengadakan perjanjian yang dinamakan Perjanjian Aqabah pertama dengan Nabi Muhammad. Mereka menerima Islam dan mengharapkan Nabi Muhammad dapat menjadi pemimpin yang boleh menyelesaikan perselisihan kaum di antara mereka. Beberapa tahun selepas itu, seramai 75 orang daripada Yathrib datang menemui Nabi Muhammad sekali lagi dan mengadakan Perjanjian Aqabah kedua di antara Nabi Muhammad dan penduduk Islam Yathrib. Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam dalam beberapa siri peperangan di antara umat Islam dan kafir Quraisy serta golongan Yahudi. Peperangan pertama yang diketuai oleh Rasulullah ialah Perang Badar yang berlaku di antara 313 umat Islam Madinah dan 1000 kafir Quraisy pada tahun kedua Hijrah. Peperangan yang kedua ialah Perang Uhud di mana kafir Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Di dalam peperangan sengit yang berlaku dalam tahun ketiga Hijrah ini, tentera Islam sudah hampir mendapat kejayaan apabila kumpulan pemanah yang ditugaskan oleh Nabi Muhammad untuk bertahan di bukit mengingkari arahan baginda. Mereka telah meninggalkan tempat mereka untuk memungut harta rampasan perang. Akibatnya, ramai sahabat Nabi Muhammad yang terkorban dan Nabi Muhammad sendiri telah mengalami kecederaan. Peperangan ketiga yang diketuai oleh Nabi Muhammad ialah Perang Khandak yang juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Di dalam perang ini, umat Islam telah membina parit besar di sekeliling Madinah bagi menghadapi serangan daripada 10,000 tentera kafir Quraisy. Dengan pertolongan Allah, umat Islam telah berjaya menewaskan pihak musuh. Selain itu, Rasulullah juga mengetuai Peperangan Khaibar, Tabuk, dan beberapa ekspedisi peperangan kecil lainnya. Dengan pertolongan Allah, umat Islam sentiasa beroleh kemenangan dalam menentang orang-orang yang menolak Islam. Ini telah menambahkan pengaruh Islam dan menyebabkan Islam tersebar dengan cepat di seluruh tanah Arab. Selepas Islam menjadi kuat, Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam untuk melakukan haji di Mekah. Rombongan haji yang pertama itu disertai oleh 1500 umat Islam. Malangnya, rombongan umat Islam tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun tersebut. Hasil daripada peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Antara kandungan perjanjian itu adalah gencatan senjata selama 10 tahun dan orang Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Setahun selepas itu, Nabi Muhammad sekali lagi mengetuai rombongan umat Islam yang lebih besar iaitu lebih kurang 10000 orang pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji buat kali yang pertama. Tidak berapa lama selepas itu, kafir Quraisy telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui di dalam Perjanjian Hudiabiyah. Peristiwa tersebut telah membawa Nabi Muhammad dan umat Islam kepada pembukaan kota Mekah. Dengan izin Allah, kota Mekah telah jatuh ke tangan umat Islam dengan aman dan tanpa pertumpahan darah. Nabi Muhammad telah menghancurkan semua berhala yang berada di Kaabah. Majoriti penduduk Mekah telah memeluk Islam selepas itu. Tahun berlalu dan Nabi Muhammad telah menyampaikan risalah Islam secara meluas. Keperibadian dan kepimpinan baginda yang tiada tolok bandingnya telah menjadikan Islam sangat dikagumi samada oleh peganutnya mahupun musuh. Baginda juga sentiasa dibantu dan disokong oleh ahli keluarga, para sahabat dan pengikut baginda yang setia. Sepanjang Nabi Muhammad berdakwah, Allah telah menganugerahkan banyak kelebihan dan mukjizat kepada baginda. Bahkan, kelebihan diri Nabi Muhammad sudah ketara semenjak baginda di dalam kandungan ibunya lagi. Di antara mukjizat Nabi Muhammad ialah munculnya keberkatan di mana-mana baginda berada, bulan terbelah dua setelah baginda berdoa kepada Allah, air terpancut melalui celah-celah jari baginda, perjalanan israk dan mikraj, dapat menceritakan tanda-tanda hari kiamat dan juga hal-hala yang akan berlaku selepas zaman baginda dengan izin Allah. Selain itu, makhluk Allah yang lain juga memperakui keagungan Nabi Muhammad sehinggakan benda-benda alam bersaksi atas kenabian baginda, batu kerikil bertasbih, dan pohon kurma merintih mengadu kepada baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini telah membantu dakwah Nabi Muhammad serta membuktikan kenabian dan kelebihan baginda sebagai rasul pilihan Allah. Akhirnya, Nabi Muhammad telah jatuh sakit. Dalam hari-hari terakhir hidup baginda, Nabi Muhammad telah menyampaikan pesanan-pesanan agar umat Islam tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Pada usia 63 tahun, Nabi Muhammad telah wafat di Madinah dan meninggalkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang berkekalan dan sunnahnya untuk pegangan umat Islam selepas pemergian baginda. ![]() ![]() The owner{ This is my biodata ![]() Just a shortbio about me :) ![]() Network Twitter : @Fathi naKameela Facebook : Nana Fa Theena Keek : fathinakameela Fakta tentang Diriku Anak jati Selangor, tapi ayah orang Johor and ummi Melaka. Jumpa RUNNING MAN, Ambik autograph and snap pic with LEE KWANG SOO< YOO JAE SUK< KIM JONG KOOK and the others member !xD eerrr... saya nak sangat kalau ummi dapat izinkan saya pakai Contact Lenses! Hwwuuaa... :P London, Paris, Dublin, Switzerland, andd.. Korea.. dapat jumpa Running Man.. dan mkn Kimbap, Jjajangmyun, and Jjampong !:P Seorang gadis yang comel yang sgt trgilakan Running Man dan suke ambikk gambarr perasan lawa ^.^ Tutorial ` freee
![]() TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK { Replace wth yours :) } Linkies{ This is my lovely friend
![]() Nabi Muhammad a.s}
Sunday, August 22, 2010 | 9:35 PM | 0 comment
Nabi Muhammad ataupun nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah bin Shaibah (Abdul Muthalib) adalah rasul utusan terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. Nabi Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah bangsa Arab di Mekah pada tahun Gajah. Nabi Muhammad telah selamat dilahirkan oleh ibu baginda, Aminah binti Wahb bin Abd Manaf pada pagi hari Isnin, 9 Rabiul Awwal yang bersamaan degan 20 April 571M. Ayahnya telah meninggal dunia semasa baginda semasa baginda masih berada di dalam kandungan. Setelah lahir, Nabi Muhammad telah diserahkan kepada seorang ibu susuan yang bernama Halimah binti Abu Dhu’aib.Abu Thalib menjaga dan mendidik Nabi Muhammad dengan penuh kasih sayang. Nabi Muhammad pula telah membesar menjadi seorang remaja yang mulia dan disukai oleh penduduk Mekah. Semasa berusia 12 tahun, Nabi Muhammad telah mengikuti rombongan perdagangan Abu Thalib ke Syam. Semasa di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang bernama Bahira. Dalam suatu peristiwa,Mekah telah dilanda banjir yang menyebabkan bangunan Kaabah rosak.Penduduk Mekah segera membaikinya dan membangunkan semula dinding-dinding yang roboh.Semasa mereka hendak meletakkan kembali Hajar Aswad di tempatnya,terjadi perselisihan tentang siapa yang layak untuk melakukannya.Suku kaum Mekah bertelagah sehinggalah terdapat saranan untuk mengambil orang yang pertama masuk ke Kaabah pada keesokan harinya untuk menjadi hakim antara mereka.Secara kebetulan, Nabi Muhammad menjadi orang pertama yang memasuki Kaabah. Baginda telah memberi penyelesaian yang adil dengan mengarahkan agar Hajar Aswad diletakkan di atas sehelai kain. Kemudian, wakil setiap suku kaum akan memegang hujung kain tersebut dan bersama-sama mengangkat Hajar Aswad sebelum Nabi Muhammad meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.Semua orang berpuas hati dengan cadangan baginda dan masalah mereka dapat diselesaikan. Daripada peristiwa ini, Nabi Muhammad mendapat gelaran al-Amin kerana sikap baginda yang sentiasa bercakap benar. Selepas beberapa tahun berdakwah di Mekah, Nabi Muhammad telah didatangi oleh 12 orang lelaki dari Yathrib atau yang sekarang dikenali sebagai Madinah. Mereka telah mengadakan perjanjian yang dinamakan Perjanjian Aqabah pertama dengan Nabi Muhammad. Mereka menerima Islam dan mengharapkan Nabi Muhammad dapat menjadi pemimpin yang boleh menyelesaikan perselisihan kaum di antara mereka. Beberapa tahun selepas itu, seramai 75 orang daripada Yathrib datang menemui Nabi Muhammad sekali lagi dan mengadakan Perjanjian Aqabah kedua di antara Nabi Muhammad dan penduduk Islam Yathrib. Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam dalam beberapa siri peperangan di antara umat Islam dan kafir Quraisy serta golongan Yahudi. Peperangan pertama yang diketuai oleh Rasulullah ialah Perang Badar yang berlaku di antara 313 umat Islam Madinah dan 1000 kafir Quraisy pada tahun kedua Hijrah. Peperangan yang kedua ialah Perang Uhud di mana kafir Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Di dalam peperangan sengit yang berlaku dalam tahun ketiga Hijrah ini, tentera Islam sudah hampir mendapat kejayaan apabila kumpulan pemanah yang ditugaskan oleh Nabi Muhammad untuk bertahan di bukit mengingkari arahan baginda. Mereka telah meninggalkan tempat mereka untuk memungut harta rampasan perang. Akibatnya, ramai sahabat Nabi Muhammad yang terkorban dan Nabi Muhammad sendiri telah mengalami kecederaan. Peperangan ketiga yang diketuai oleh Nabi Muhammad ialah Perang Khandak yang juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Di dalam perang ini, umat Islam telah membina parit besar di sekeliling Madinah bagi menghadapi serangan daripada 10,000 tentera kafir Quraisy. Dengan pertolongan Allah, umat Islam telah berjaya menewaskan pihak musuh. Selain itu, Rasulullah juga mengetuai Peperangan Khaibar, Tabuk, dan beberapa ekspedisi peperangan kecil lainnya. Dengan pertolongan Allah, umat Islam sentiasa beroleh kemenangan dalam menentang orang-orang yang menolak Islam. Ini telah menambahkan pengaruh Islam dan menyebabkan Islam tersebar dengan cepat di seluruh tanah Arab. Selepas Islam menjadi kuat, Nabi Muhammad telah mengetuai umat Islam untuk melakukan haji di Mekah. Rombongan haji yang pertama itu disertai oleh 1500 umat Islam. Malangnya, rombongan umat Islam tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun tersebut. Hasil daripada peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah. Antara kandungan perjanjian itu adalah gencatan senjata selama 10 tahun dan orang Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Setahun selepas itu, Nabi Muhammad sekali lagi mengetuai rombongan umat Islam yang lebih besar iaitu lebih kurang 10000 orang pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji buat kali yang pertama. Tidak berapa lama selepas itu, kafir Quraisy telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui di dalam Perjanjian Hudiabiyah. Peristiwa tersebut telah membawa Nabi Muhammad dan umat Islam kepada pembukaan kota Mekah. Dengan izin Allah, kota Mekah telah jatuh ke tangan umat Islam dengan aman dan tanpa pertumpahan darah. Nabi Muhammad telah menghancurkan semua berhala yang berada di Kaabah. Majoriti penduduk Mekah telah memeluk Islam selepas itu. Tahun berlalu dan Nabi Muhammad telah menyampaikan risalah Islam secara meluas. Keperibadian dan kepimpinan baginda yang tiada tolok bandingnya telah menjadikan Islam sangat dikagumi samada oleh peganutnya mahupun musuh. Baginda juga sentiasa dibantu dan disokong oleh ahli keluarga, para sahabat dan pengikut baginda yang setia. Sepanjang Nabi Muhammad berdakwah, Allah telah menganugerahkan banyak kelebihan dan mukjizat kepada baginda. Bahkan, kelebihan diri Nabi Muhammad sudah ketara semenjak baginda di dalam kandungan ibunya lagi. Di antara mukjizat Nabi Muhammad ialah munculnya keberkatan di mana-mana baginda berada, bulan terbelah dua setelah baginda berdoa kepada Allah, air terpancut melalui celah-celah jari baginda, perjalanan israk dan mikraj, dapat menceritakan tanda-tanda hari kiamat dan juga hal-hala yang akan berlaku selepas zaman baginda dengan izin Allah. Selain itu, makhluk Allah yang lain juga memperakui keagungan Nabi Muhammad sehinggakan benda-benda alam bersaksi atas kenabian baginda, batu kerikil bertasbih, dan pohon kurma merintih mengadu kepada baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad ini telah membantu dakwah Nabi Muhammad serta membuktikan kenabian dan kelebihan baginda sebagai rasul pilihan Allah. Akhirnya, Nabi Muhammad telah jatuh sakit. Dalam hari-hari terakhir hidup baginda, Nabi Muhammad telah menyampaikan pesanan-pesanan agar umat Islam tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Pada usia 63 tahun, Nabi Muhammad telah wafat di Madinah dan meninggalkan al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang berkekalan dan sunnahnya untuk pegangan umat Islam selepas pemergian baginda. ![]() |








