|
Assalamualaikum!\ Coretan Gadis Comel
![]() " UPSR Candidates next year.. Wish me luck! " Gossip Place | Jum berborak di sini !
Thank You Sayang ] Sayang korunk kpda yg tlah membntu
|
refresh
profile
blog
facebook
twitter
follow
![]() Sunday, August 22, 2010 | 9:22 PM | 0Comment Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ialah Khanaukh. Nabi Idris adalah keturunan nabi Adam yang pertama dilantik menjadi nabi selepas Adam a.s dan Syits a.s. Baginda juga merupakan moyang kepada nabi Nuh a.s. Allah telah menyebut Idris sebagai Nabi dan orang yang benar di dalam surah Maryam ayat 56-57. “Ceritakanlah (kepada mereka, wahai Muhammad! (kisah)) Idris di dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar(shiddiq) dan seorang nabi. Kami telah mengangkat (darjatnya) ke tingkatan yang tinggi.” Semasa kanak-kanak, Idris telah belajar daripada Syits dan baginda telah mendapat banyak ilmu. Setelah dewasa, Allah telah melantik Idris menjadi nabi dan memberikan baginda sebanyak 30 kitab. Setelah menjadi nabi, Idris telah menyeru pengikutnya menyembah Allah dan berbuat kebaikan. Nabi Idris adalah orang yang pertama menulis menggunakan pen dan memakai baju yang berjahit.Nabi Idris juga memiliki kepakaran menunggang kuda, mengira, ilmu bintang, menggunting dan menjahit pakaian. Baginda juga adalah seorang yang sangat berani dan gagah dalam melaksanakan dakwah dan menentang kejahatan sehingga digelar Asadul Asad iaitu Singa dari segala Singa. Sepanjang nabi Idris berdakwah, baginda hanya mempunyai pengikut yang sedikit. Ramai orang yang menentang nabi Idris sehingga baginda terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Mesir. Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda dan memberitahunya bahawa Allah mengangkat darjat nabi Idris seperti seluruh amalan anak Adam. Salah satu malaikat pilihan Allah datang menemui Nabi Idris dan mengajak baginda berbincang sehingga amalan nabi Idris bertambah. Kemudian, malaikat tersebut membawa nabi Idris di antara kedua sayapnya naik ke langit. Apabila sampai ke langit keempat, mereka bertemu dengan Izrail. Izrail bertanya di mana nabi Idris. Malaikat yang membawa nabi Idris memberitahu bahawa Idris ada di belakangnya. Kemudian, Izrail memberitahu bahawa nyawa nabi Idris harus dicabut di langit yang keempat dan Izrail terus mencabut roh nabi Idris. Begitulah kisah nabi Idris yang telah Allah muliakan di dalam firmanNya, “Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli. Masing-masing tergolong orang yang sabar.”(Al-Anbiya’:85) ![]() ![]() The owner{ This is my biodata ![]() Just a shortbio about me :) ![]() Network Twitter : @Fathi naKameela Facebook : Nana Fa Theena Keek : fathinakameela Fakta tentang Diriku Anak jati Selangor, tapi ayah orang Johor and ummi Melaka. Jumpa RUNNING MAN, Ambik autograph and snap pic with LEE KWANG SOO< YOO JAE SUK< KIM JONG KOOK and the others member !xD eerrr... saya nak sangat kalau ummi dapat izinkan saya pakai Contact Lenses! Hwwuuaa... :P London, Paris, Dublin, Switzerland, andd.. Korea.. dapat jumpa Running Man.. dan mkn Kimbap, Jjajangmyun, and Jjampong !:P Seorang gadis yang comel yang sgt trgilakan Running Man dan suke ambikk gambarr perasan lawa ^.^ Tutorial ` freee
![]() TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK TAJUK { Replace wth yours :) } Linkies{ This is my lovely friend
![]() Nabi Idris a.s}
Sunday, August 22, 2010 | 9:22 PM | 0 comment
Nabi Idris adalah keturunan keenam daripada nabi Adam. Nama baginda ialah Idris bin Mahlail bin Qinan bin Anusy bin Syits bin Adam dan nama sebenarnya ialah Khanaukh. Nabi Idris adalah keturunan nabi Adam yang pertama dilantik menjadi nabi selepas Adam a.s dan Syits a.s. Baginda juga merupakan moyang kepada nabi Nuh a.s. Allah telah menyebut Idris sebagai Nabi dan orang yang benar di dalam surah Maryam ayat 56-57.“Ceritakanlah (kepada mereka, wahai Muhammad! (kisah)) Idris di dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah orang yang benar(shiddiq) dan seorang nabi. Kami telah mengangkat (darjatnya) ke tingkatan yang tinggi.” Semasa kanak-kanak, Idris telah belajar daripada Syits dan baginda telah mendapat banyak ilmu. Setelah dewasa, Allah telah melantik Idris menjadi nabi dan memberikan baginda sebanyak 30 kitab. Setelah menjadi nabi, Idris telah menyeru pengikutnya menyembah Allah dan berbuat kebaikan. Nabi Idris adalah orang yang pertama menulis menggunakan pen dan memakai baju yang berjahit.Nabi Idris juga memiliki kepakaran menunggang kuda, mengira, ilmu bintang, menggunting dan menjahit pakaian. Baginda juga adalah seorang yang sangat berani dan gagah dalam melaksanakan dakwah dan menentang kejahatan sehingga digelar Asadul Asad iaitu Singa dari segala Singa. Sepanjang nabi Idris berdakwah, baginda hanya mempunyai pengikut yang sedikit. Ramai orang yang menentang nabi Idris sehingga baginda terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Mesir. Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda dan memberitahunya bahawa Allah mengangkat darjat nabi Idris seperti seluruh amalan anak Adam. Salah satu malaikat pilihan Allah datang menemui Nabi Idris dan mengajak baginda berbincang sehingga amalan nabi Idris bertambah. Kemudian, malaikat tersebut membawa nabi Idris di antara kedua sayapnya naik ke langit. Apabila sampai ke langit keempat, mereka bertemu dengan Izrail. Izrail bertanya di mana nabi Idris. Malaikat yang membawa nabi Idris memberitahu bahawa Idris ada di belakangnya. Kemudian, Izrail memberitahu bahawa nyawa nabi Idris harus dicabut di langit yang keempat dan Izrail terus mencabut roh nabi Idris. Begitulah kisah nabi Idris yang telah Allah muliakan di dalam firmanNya, “Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli. Masing-masing tergolong orang yang sabar.”(Al-Anbiya’:85) ![]() |








